Friday 10 February 2012

ADUN SELAT KLANG Bincang Projek Mini Serambi Mekah dengan jabatan danJKKK serta masjid

 Jummat
10.2.12
Kampung Delek
KLANG

ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali bersama Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Majlis Perbandaran Klang, Pegawai daripada Pejabat Tanah, Penguatkuasa daripada Pejabat Tanah Klang, Pejabat ADUN Selat Klang serta Ketua Kampung Delek, Nazir Masjid Nurul Amin Kpg Delek berbincang tentang gagasan besar untuk menjadikan kampun tradisi yang telah berumur 112tahun itu untuk menjadi kampung Melayu contoh yang Islamik.
YB Dr Halimah selaku ADUN Selat Klang telah melontarkan idea itu dua tahun yang lepas. Usaha berkongsi visi dengan pimpinan masyarakat setempat dan rakan taulan sudah memutik. Fasa kedua ialah memahamkan pemutus dasar dan pelaksana dasar tentang kehebatan idea tersebut sebagai projek perintis baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur selari dengan apa yang mahu dicapai oleh kerajaan Selangor yang telah dizahirkan oleh YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR setiap kali dalam ucapan  membentangkan bajet tahunan negeri.

 Program turun padang meninjau dengan lebih dekat lagi segala premis yang sudah ada terdiri daripada sekolah menengah, sekolah rendah, tadika dan pusat tahfiz, SRA, Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor serta Masjid Nurul Amin SEBAGAI NADI dan surau-surau disekitar. Kedudukan geografi Kampung Delek yang dilinkungi Sungai Klang menarik perhatian ADUN Selat Klang ini untuk mengezonkannya sebagai Mini Serambi Mekah.
Ciri utama yang diambil kira ialah kewujudan masyarakat Kampung Delek yang sangat mengambil berat tentang agama. I ajuga mempunyai tadika Islam, Sekolah Rendah Islam Farabi, Sekolah Menengah Islam Farabi, SRA Kpg Delek, Kompleks Tahfiz Sapiuddin, Kelas Agama Menengah Arab(yang terletak di kawasan Masjid) dan terakhir yang diwujudkan 2012 Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor(KITTIS).
Tanah Kampung Delek juga adalah Tanah Rezab Melayu.Ini memudahkan lagi wawasan tersebut untuk dicapai. Perancangan pembangunan kampung tradisi ini yang mempunyai tunggal beberapa rumah yang ada rekabentuk lama juga diambil maklum oleh pegawai perancang.
  
  

No comments:

Post a Comment