Wednesday 15 February 2012

Islam memancar nur ke hati insan yang mencari kebenaran

Anak pengarah filem Oscar peluk Islam di Iran

Harakahdaily, 15 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Penerbit filem Amerika Syarikat, Sean Stone (gambar), anak kepada pengarah terkenal Oliver Stone, yang pernah memenangi Oscar telah memeluk Islam pada Selasa lalu di Iran, di mana beliau sedang membuat satu dokumentari, lapor AFP.

“Kemasukan ke Islam bukan bermaksud membuang Kristian mahupun Judaism, kepercayaan yang saya dilahirkan dengan. Ia bermaksud saya telah menerima Mohammad dan juga nabi-nabi yang lain,” kata beliau dalam satu perbualan telefon ringkas daripada Isfahan, di mana beliau memeluk Islam di pejabat ulama terkenal Ayatullah Mohammad Nasseri Dowlatabadi.

Bapa Sean Stone ialah seorang Yahudi, manakala emaknya ialah seorang Kristian.

Pemuda 27 tahun itu tidak menyatakan mengapa beliau memilih untuk memeluk Islam.

Berdasarkan laporan media Iran, Fars news, Sean Stone telah menjadi seorang Muslim dengan nama pertamanya Ali.
Sean pernah berlakon dalam beberapa filem bapanya, dan pernah mengarah beberapa siri dokumentari.


Tahun lepas, timbul spekulasi hangat bahawa bapa Sean akan merealisasikan cita-citanya untuk membuat sebuah filem blockbuster mengisahkan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Pengarah kontroversi, yang pernah memenangi tiga Oscar turut berada di republik tersebut mencari lokasi yang sesuai untuk penggambaran.


Pada 2010, seorang ahli personaliti Barat yang popular, wartawan dan juruhebah Britain Lauren Booth, ipar kepada bekas perdana menteri Britain Tony Blair turut memeluk Islam setelah lawatannya ke Iran.

Sunday 12 February 2012

MASJID NURUL AMIN KPG DELEK NAIB JOHAN PERARAKAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI SELANGOR

 5.2.12
SHAH ALAM

Masjid Nurul Amin, Kpg Delek, Selat Klang muncul naib johan pertandingan perarakan sempena sambutan Maulidur rasul peringkat negeri Selangor.
    ADUN Selat Klang merangkap EXCO Kerajaan Selangor, YB Dr Hjh Halimah Ali turut menyaksikan ketua kontijen Jasni dan Ustaz Bashir menerima hadiah daripada DYMM Sultan Selangor. Beliau difahamkan kontijen telah berlatih malam untuk memberi persembahan terbaik. Tujuan sebenar kontijen tersebut ialah untuk mempromosi Mini Serambi Mekah @Kpg Delek di mana Masjid ini dipupuk menjadi nadi pembangunan ummat yang berkesan.
Semua 8 surau dibawah naungan masjid ini ikut serta dalam menyumbang tenaga dan siap bergerak sebagai satu pasukan yang mantap. Tidak hairanlah mereka hampir menjadi juara kerana disiplin arahan ketua.

Pengarah JAIS turut ambil maklum kemenangan masjid ini yang sentiasa penuh dengan aktiviti dan program. Komitmen dan wawasan membuktikan ianya berbaloi.

YB Dr Halimah ,Pengarah JAIS dan kontijen serta pegawai JAIS

SOLATLAH WAHAI PERMATA HATIKU

Friday 10 February 2012

ADUN SELAT KLANG Bincang Projek Mini Serambi Mekah dengan jabatan danJKKK serta masjid

 Jummat
10.2.12
Kampung Delek
KLANG

ADUN Selat Klang, YB Dr Hjh Halimah Ali bersama Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor, Pegawai Perancang Bandar dan Desa, Majlis Perbandaran Klang, Pegawai daripada Pejabat Tanah, Penguatkuasa daripada Pejabat Tanah Klang, Pejabat ADUN Selat Klang serta Ketua Kampung Delek, Nazir Masjid Nurul Amin Kpg Delek berbincang tentang gagasan besar untuk menjadikan kampun tradisi yang telah berumur 112tahun itu untuk menjadi kampung Melayu contoh yang Islamik.
YB Dr Halimah selaku ADUN Selat Klang telah melontarkan idea itu dua tahun yang lepas. Usaha berkongsi visi dengan pimpinan masyarakat setempat dan rakan taulan sudah memutik. Fasa kedua ialah memahamkan pemutus dasar dan pelaksana dasar tentang kehebatan idea tersebut sebagai projek perintis baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur selari dengan apa yang mahu dicapai oleh kerajaan Selangor yang telah dizahirkan oleh YAB DATO' MENTERI BESAR SELANGOR setiap kali dalam ucapan  membentangkan bajet tahunan negeri.

 Program turun padang meninjau dengan lebih dekat lagi segala premis yang sudah ada terdiri daripada sekolah menengah, sekolah rendah, tadika dan pusat tahfiz, SRA, Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor serta Masjid Nurul Amin SEBAGAI NADI dan surau-surau disekitar. Kedudukan geografi Kampung Delek yang dilinkungi Sungai Klang menarik perhatian ADUN Selat Klang ini untuk mengezonkannya sebagai Mini Serambi Mekah.
Ciri utama yang diambil kira ialah kewujudan masyarakat Kampung Delek yang sangat mengambil berat tentang agama. I ajuga mempunyai tadika Islam, Sekolah Rendah Islam Farabi, Sekolah Menengah Islam Farabi, SRA Kpg Delek, Kompleks Tahfiz Sapiuddin, Kelas Agama Menengah Arab(yang terletak di kawasan Masjid) dan terakhir yang diwujudkan 2012 Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor(KITTIS).
Tanah Kampung Delek juga adalah Tanah Rezab Melayu.Ini memudahkan lagi wawasan tersebut untuk dicapai. Perancangan pembangunan kampung tradisi ini yang mempunyai tunggal beberapa rumah yang ada rekabentuk lama juga diambil maklum oleh pegawai perancang.
  
  

Monday 6 February 2012

Kelahiran insan terbaik....Rasulullah s.a.w

Biodata Rasulullah s.a.w.

Biodata dan salasilah Rasulullah SAW

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW
Disediakan Oleh: Nor Raihan bin Aziz (Imam BIMB)
BIODATA RASULULLAH SAW
* Nama: Muhammad bin ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim
* Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka ‘ abah)
* Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
* Nama bapa: ‘ Abdullah bin ‘ Abdul Muttalib bin Hashim
* Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘ Abdul Manaf
* Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
* Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
* Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa ‘ diah (lebih dikenali Halimah As-Sa ‘ diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘ Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, ‘ Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka ‘ abah.
· Pembinaan semula Ka ‘ abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
- Khadijah Binti Khuwailid
- Saudah Binti Zam ‘ ah
- ‘ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
- Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab)
- Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
- Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
- Zainab Binti Jahsy
- Maimunah Binti Harith
- Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
- Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra ‘
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN
SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘ Uzza
3. Syaima ‘ binti Harith bin Abdul ‘ Uzza
4. ‘ Aisyah binti Harith bin abdul ‘ Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al- ‘ Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘ Abdul ‘ Uzza)
8. Abdul Ka ‘ bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. ‘ Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al- ‘ Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama ‘ berselisih pendapat tentang Islamnya..
Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas
SALASILAH RASULULLAH SAW.

Selamat Menyambut Maulidur rasul: insan paling mulia disisi Allah