Monday 24 October 2011

JOM REMAJA ISLAM !JOM !

Jom Remaja Islam!JOM !



Remaja Islam intan permata.
Perlu digilap.Perlu dipelihara.
Jangan sampai dirosak si HASAD.
Kesal berlipat tidak tersukat!

Ibubapa, kaum kerabat
sahabat taulan pemimpin berkiblat
Apa kata kita sepakat
Di meja bulat pelan dicatat
Mengukir masa depan pembela ummat
Pemuda pemudi Pembantu Muhammad
s.a.w kekasih Ya Ahad


Darah mengalir tauhid sememang berkat
Tuah ibu bapa dan ummat
Mari saudara perah keringat
Kita bernekad selamatkan ummat

Ummat selamat syariat didaulat
Masyarakat maju ihsan tersemat
Kenal tujuan dan matlamat
Hidup teratur berteman malaikat
Terhindar pengaruh syaitan terlaknat


Wahai empunya syurga bertingkat
Curahkan kasih dan juga rahmat
Kepada kami hambaMu yang nekad
Meneruskan perjuangan RasulMu Muhammad s.a.w

Tuesday 18 October 2011

Fundamentals in the understanding of faith



We have to get to the basics. To understand our book of reference to lead our lives we must clear our mind and hearts and really ponder what is the meaning of all these? What is going on? We have to get interested in the lives that we have gone through and analyze.Are we on the right track?

Saturday 15 October 2011

Bahagianya dapat husnul khatimah



Bismillah
Moga ulamak dan para daie terus menyampaikan risalah nabi melalui ceramah, tazkirah dan apa-apa majlis ilmu hingga di panggil pulang oleh Ilahi dalam keadaan menyampaikan ilmu Allah kepada makhlukNya.Jangan jadikan harga dalam sampul menjadi penghalang makhluk Allah mendapat pengisisan ilmu yang sebenarnya berasal daripada Allah juga melalui mereka yang diuji dengan sedikit kelebihan ilmu dan kemahiran mengajar.

AZAN MEKAH: syahdu menusuk jiwa

Menangani masalah dengan seni dan sikap yang betul



Bismillah
Dengan nama Allah.

Manusia dicipta dengan ada tujuan. Mengabdikan diri kepada Allah(surah ADZ DZAARIYAaT ayat 56)adalah objetif penciptaan insan. Justeru manusia dibekalkan dengan akal yang mampu memandu manusia untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi sepanjang kehidupannya dengan menggabungkan ilham jiwa daripada Allah kerana TELAH MENSUCIKAN jiwanya(surah Asy Syams. Nur Ilahi menyinari sukma yang senantiasa ihsan kepada Allah, peka Allah melihatnya sepanjang masa; Allah Maha Mendengar, Allah Maha Mengetahui.
Rohani yang Allah-centric akan husnu zon dan melorongkan insan itu menghadap, merayu dan mengharap Sang Pencipta Yang Maha Berkuasa Lagi Maha Bijaksana.
Ya Allah, tuntunkanlah kami ke jalanMu yang lurus.amin.Ya rabbal 'alamiin.

Sunday 9 October 2011

Di antara lagu terbaik untuk mendidik anak mendoa ibubapa dari kecil



Wahai ibu, wahai ayah,
Anak-anakmu bak kain putih. Coraklah mereka dengan corak tauhid, corak yang bertunjangkan aqidah Islamiyyah.Saraf mereka yang masih lunak dilentur akan mengakar kasih kepadamu kasih yang sejati kerana tersiram kasih Ilahi AL WADUUD.

Hisablah diri kita sebelum terlambat: INSAFLAH!



Allah memberi kita peluang untuk melihat, mendengar dan berfikir serta memilih jalan mana yang kita harus ambil untuk kepentingan diri dunia akhirat.