Friday 30 December 2011

Sudah bersediakah kita untuk mencium SETANGGI SYURGA?!

BERAPAKAH NILAI HARGA SETANGGI SYURGA INI? Apakah mata wang yang diterima untuk mendapatkannya?
Adakah ia sama dengan wangian biasa yang dibanggakan manusia di dunis ini seperti keluaran PARIS dsb?
Apa rahsia untuk dapatkannya?

Saturday 3 December 2011

Hakikat hidupnya insan

Insan adalah makhluk terbaik yang dicipta oleh Allah swt. Insan dibekal dengan roh yang berasal daripada Allah. Roh ini ditiup ke dalam jasad yang berupa segumpal darah.Kemudian diberi pendengaran, penglihatan dan tumbuh otak yang mewujudkan puca akal fikiran.Tulang belulang, urat saraf, daging yang di pakej untuk melengkapkan kejadian insan ini sepatutnya diguna sebaik-baiknya sepanjang hayat. Sepatutnya diprogramkan segala komponen jasad untuk dibangunkan bersama rohnya yang baterinya  sentiasa dicaj berjadual.Akal fikiran yang dikurniakan digilap dan dimanfaat semaksima agar segala elemen insan itu tadi tumbuh dan bangun sebagai makhluk terbaik: insan kamil.
Amat malang sekiranya segala pemberian Allah al Khaliq ini disia-siakan.Rugi di dunia rugi di akhirat naudzubillah. Ya Allah ampunkan dosa kami semua.Bimbingkanlah kami ke jalanMu yang lurus.Amin.

Thursday 1 December 2011

Sambutan Tahun Baru Islam 1433H: Kpg Delek cipta sejarah



3hari 2malam
Sambutan Tahun Baru Islam di arusperdanakan oleh umat Islam di Kpg Delek khususnya dan daerah Klang umumnya.Ynag lebih membanggakan ramai remaja belia yang turut hadir dalam program berarak pada 1 Muharram, doa penutup akhir tahun dan awal tahun pada 26.11.11 yang turut memuatkan santapan rohani ceramah perdana oleh Dr Robiah Hamzah. Qiyammulail dipimpin oleh Us Othman Ibrahim dan kuliyyah Subuh segar dibawa Us Don.
Perarakan turut disertai oleh YB Dr Hjh Halimah Ali sebagai EXCO Kerajaan Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa GeMS Negeri Selangor dan ADUN Selat Klang. Turut serta Pegawai Daerah Klang, PAID daerah Klang dan pelbagai kontijen daripada MPK, Jabatan Kesihatan dan lain-lain termasuk masjid, surau, Briged Amal Selangor dan KEM TAHFIZ MINI SERAMBI MEKAH 2011.

Tema: JOM bangunkan KHAIRA UMMAH

SHAM KAMIKAZE hijrah ke jalan Tuhan



Kenapa seorang rocker rasa terpaut dengan seorang ulamak? Apa yang dicari?

kenali diri sebagai INSAN



Orang bijak mahu kenali dirinya sepenuhnya. Mahu kenal Penciptanya...baru kenal apa erti hidup ini...apa tujuan...baru boleh rasa nikmat....