Insan adalah makhluk terbaik yang dicipta oleh Allah swt. Insan dibekal dengan roh yang berasal daripada Allah. Roh ini ditiup ke dalam jasad yang berupa segumpal darah.Kemudian diberi pendengaran, penglihatan dan tumbuh otak yang mewujudkan puca akal fikiran.Tulang belulang, urat saraf, daging yang di pakej untuk melengkapkan kejadian insan ini sepatutnya diguna sebaik-baiknya sepanjang hayat. Sepatutnya diprogramkan segala komponen jasad untuk dibangunkan bersama rohnya yang baterinya sentiasa dicaj berjadual.Akal fikiran yang dikurniakan digilap dan dimanfaat semaksima agar segala elemen insan itu tadi tumbuh dan bangun sebagai makhluk terbaik: insan kamil.
Amat malang sekiranya segala pemberian Allah al Khaliq ini disia-siakan.Rugi di dunia rugi di akhirat naudzubillah. Ya Allah ampunkan dosa kami semua.Bimbingkanlah kami ke jalanMu yang lurus.Amin.
No comments:
Post a Comment