Kerajaan Selangor telah meletak visi mahu menjadikan Selangor sebagai 'baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur'.Namun realiti waqi' Selangor masih begitu jauh daripada hadaf itu.Namun usaha terfokus yang sistematik dan kecil-kecilan mampu memberi impak terbaik ke arah matlamat tersebut.Kampung Delek yang berusia lebih 110tahun terdiri daripada hampir 100%Muslim menjadi kawasan terpilih bagi tujuan tersebut.Mudah-mudahan ia boleh menjadi pusat pertumbuhan tamadun Islam kontemporari insyaallah.Amin
Monday, 16 January 2012
KEKASIHKU KEKASIH ALLAH: Amiin!!
" Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan ( keredaan ) Allah dan ( balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak ( dalam masa susah dan senang )” .surah al Ahzab ayat 21
Saban tahun ummat Islam menyambut maulidur rasul.Ada yang berarak, ada yang berzanji dan marhaban.Ada juga yang mengadakan pertandingan. Suasana meriah.Kanak-kanak bergembira dan golongan dewasa pun menumpang suka.
Jarang orang memikirkan falsafah atau konsep disebalik sambutan itu. Terlalu sedikit manusia mengenang peristiwa kelahiran manusia agung ini. Walaupun namanya tidak asing lagi bagi ummat manusia seantero dunia, bahkan diambil nama itu untuk diberi nama anak mereka, namun nama Muhammad s.a.w. tidak menusuk ke kalbu insan yang menutur nama itu lagi. Malangnya suasana ini! Ruginya keluarga ini kerana nama yang terbaik yang dipilih oleh Allah swt tidak mencetuskan satu kebanggaan , tidak menggetarkan jiwa mereka kerana diambil sempena nama insan terpilih Muhammad s.a.w.
Salawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dilakukan tanpa 'alignment' rohani. Hanya lidah mengulangi kalimah indah tidak membekas di hati.
Kenapa semua ini berlaku? Kenapa masyarakat yang mengaku dirinya Islam tidak merasa nikmat bersalwat ke atas Nabi s.a.w. Seolah-olah Nabi hanya dalam alam impian yang tidak real. Adakah mungkin masyarakat diajar hanya menghafal dan menyebut yang bersifat fizikal otak dan lidah semata-mata.
Nabi Muhammad s.a.w adalah utusan Allah. Kitab Al Quran yang diajar Allah melalui junjungan Nabi adalah testimoni tentang kebaikan akhlak Nabi s.a.w oleh Allah swt, PenciptaNya yang agung.
Kecacatan gabungan teori dan praktikaldalam mengamalkan Islam perlu kita rungkai dan kemudian diatasi dengan tindakan konkrit untuk memahami signifikannya Nabi s.a.w dalam hidup diri,keluarga dan mashyarakat kita.
Ummat Islam dewasa ini perlu menganalisa, mengenal Nabi Muhammad s.aw.untuk mencintai Nabi. Mencintai adalah prerequisite untuk dapat cinta Allah.
JOM KAJI TENTANG NABI s.a.w!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment