Tuesday, 22 November 2011

cipta sejarah baru:SAMBUTAN TAHUN BARU ISLAM 1433HIJRAH@Kpg Delek

Bismillah


Saban tahun ummat Islam berpusu-pusu menyambut tahun baru dengan cara yang lagha dan tanpa tujuan jelas.Segala azam baru dikongsi bersama samada di corong radio, kaca tv atau di dada akhbar.Sekarang ini di sms dan internet.Panggilan telefon secara langsung menyemarakkan lagi semangat tahun baru MASEHI SETIAP tahun!!
   Anehnya mereka melakukan dengan penuh semangat kepunyaan atau ownership. Mereka terbawa-bawa keseronokkan sehingga keluar dari batasan dan sanggup melibatkan diri dalam kegiatan tidak bermoral yang penuh dosa dan mungkar seperti arak, zina dan dadah kerana kejahilan paras maksima.
   Paling menyedihkan mereka tidak boleh membeza apakah tahun baru bagi ummat Islam itu sendiri dengan tahun baru lain; bila bermulanya tahun baru Islam...lewat malam atau maghrib? Apakah aktiviti yang dianjurkan untuk dilakukan untuk merancang masa depan yang lebih baik, tahun depan yang lebih berjaya dan bahagia..?   
     Semua ini telah menjadi keliru kerana pihak mempunyai wewenang tidak pernah memikirkan mahu mendidik rakyatnya agar sentiasa peka dan waspada serta bijak mendidik anak dan keluarga nilai-nilai fitrah sejagat yang dipelopori Islam.
   Ummat Islam sudah lupa apa ertinya Hijrah.Ada ummat yang kenal hijrah sebagai perkara rutin tahunan. Tidak mencetus perasaan luar biasa.Tidak mengembalikan kenangan kepada pengorbanan Nabi s.a.w yang perlu melalui ranjau dan duri untuk sampaikan Islam kepada seluruh umat manusia sejagat.Tidak ada mengejut saraf ruhnya untuk merasai HIJRAH NABI saw.
  Justeru Jawatankuasa GeMS(GENERASI IDAMAN SELANGOR) dengan diurusetia oleh GeMS daerah Klang yang diketuai oleh PAID Klang akan membuka lembaran baru sejarah umat Islam di Selangor bagi meorientasi semula umat Islam amnya dan remaja-belia khususnya untuk memahami konsep tahun baru Islam dan signifikan penghijrahan Nabi saw kepada diri, keluarga dan masyarakat serta umat Islam sedunia umumnya.
 TENTATIF PROGRAM
Tempat: Masjid Nurul Amin, Kpg Delek Klang
Bermula dengan khutbah Jummat oleh mantan mufti Wilayah 25.11.11
26.11.11:
   3ptg: pendaftaran 200 pelajar KEM TAHFIZ di MASJID(untuk 2 minggu) 
    4.20ptg solat ASR
    6.00PTG DOA AKHIR TAHUN
    7.15MLM SOLAT MAGHRIB
                   SOLAT AWAL TAHUN
    8.15MLM SOLAT ISYA'
SOLAT TAUBAT
SOLAT HAJAT
9.15MLM: CERAMAH PERDANA TAHUN BARU ISLAM
10.30MLM: BELIA BAKAR KAMBING
12MLM KUMPUL KUDRAT

27.11.11
4.00PAGI: QIYAMULLAIL
BERSAMA US OTHMAN IBRAHIM
6PG SOLAT SUBUH
KULIAH SUBUH
7.30PG: PERGI LOKASI 
8.00PG BERARAK KE MASJID
9.30PG MAJLIS PERASMIAN
10.30PG UCAPAN TAHUN BARU
PERSEMBAHAN


JOM lahir KHAIRA UMMAH

No comments:

Post a Comment