Monday 24 October 2011

JOM REMAJA ISLAM !JOM !

Jom Remaja Islam!JOM !



Remaja Islam intan permata.
Perlu digilap.Perlu dipelihara.
Jangan sampai dirosak si HASAD.
Kesal berlipat tidak tersukat!

Ibubapa, kaum kerabat
sahabat taulan pemimpin berkiblat
Apa kata kita sepakat
Di meja bulat pelan dicatat
Mengukir masa depan pembela ummat
Pemuda pemudi Pembantu Muhammad
s.a.w kekasih Ya Ahad


Darah mengalir tauhid sememang berkat
Tuah ibu bapa dan ummat
Mari saudara perah keringat
Kita bernekad selamatkan ummat

Ummat selamat syariat didaulat
Masyarakat maju ihsan tersemat
Kenal tujuan dan matlamat
Hidup teratur berteman malaikat
Terhindar pengaruh syaitan terlaknat


Wahai empunya syurga bertingkat
Curahkan kasih dan juga rahmat
Kepada kami hambaMu yang nekad
Meneruskan perjuangan RasulMu Muhammad s.a.w

2 comments:

  1. Kepada semua yang berhasrat atau hajat membantu @nak jadi hawarriyun..sila tampil ke depan.SIRRU 'ALA BARAKATILLAH

    ReplyDelete
  2. slm, sedang cr sajak utk ihtifal nanti, boleh tau, sajak karangan siapa di atas ni?

    ReplyDelete