Kerajaan Selangor telah meletak visi mahu menjadikan Selangor sebagai 'baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur'.Namun realiti waqi' Selangor masih begitu jauh daripada hadaf itu.Namun usaha terfokus yang sistematik dan kecil-kecilan mampu memberi impak terbaik ke arah matlamat tersebut.Kampung Delek yang berusia lebih 110tahun terdiri daripada hampir 100%Muslim menjadi kawasan terpilih bagi tujuan tersebut.Mudah-mudahan ia boleh menjadi pusat pertumbuhan tamadun Islam kontemporari insyaallah.Amin
Friday, 2 September 2011
Siapa IKON ANDA?Anak anda?isteri anda? suami anda?
Untuk menjadi khaira ummah, sudah tentu ada role model yang perlu menjadi paksi rujukan pengaruh kehidupannya . Lebih-lebih lagi generasi muda.Apakah benchmark pembangunan insan?Apakah sandaran untuk membangun ruhiyyah,aqliyyah dan jasadiyyah?Sudah tentu ianya mesti praktikal, tidak terlalu sukar dan boleh dicapai serta tidak ada keraguan untuk tidak berhasil.Mesti sudah ada contoh.Mesti bersifat universal dan tidak akan dipertikai kawan dan lawan.
Role model yang diperlukan dan yang sudah jelas terbukti KESEMPURNAANnya yakni Nabi Muhammad s.a.w.
Inilah yang mahu difahamkan dalam proses mahu melahirkan ummat contoh, ummat terbaik, khaira ummah.
Ya Allah bantu kami, anak-anak kami, jiran-jiran kami, seluruh penduduk kampung kami untuk mencintai RasulMu.Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment