Sudah lazim didengar orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal!
Sedar atau tidak sedar inilah yang berlaku kepada ummat yang melafaz dua kalimah syahadat dewasa ini.Amat malang mereka tidak faham kenapa kehidupan bangsa mereka sinonim dengan hidup merempat, sengsara, duka nestapa,membosankan,jelik, sia-sia, tamak haloba,kaki gaduh,ganas dan menggerunkan.
Simptom kecelaruan perwatakan ini tertonjol dengan krisis gejala sosial negara. Yang paling kerap diutarakan dalam media dan diakui oleh semua masyarakat adalah penagihan dadah, buang bayi,jual bayi,HIV/AIDS, rempit,rogol,rasuah,rompak,rakus(multi negattive R),jenayah,vandalisme dan ponteng sekolah/kerja.Di samping itu juga fenomena kertakan rumah tangga yang menatijahkan meningkat kes ibu tinggal/ibu tunggal.Yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang masih mentah.
Tekanan hidup menggugat kestabilan iman, meruntuhkan akhlak dan memisahkan keluarga.Manusia tidak ada pilihan melainkan kembali kepada GARIS PANDUAN INDUK(MANUAL) HIDUPNYA yang melakarkan langkah-langkah kritikal untuk berjaya bukan sahaja di dunia(kejayaan jangka pendek) bahkan hingga akhirat yang kekal abadi(kejayaan jangka panjang).Justeru, kenyataan(statement) Allah swt selaku Pencipta segala-galanya termasuk manusia menunjukkan APA BUKU RUJUKAN yang dimaksudkan itu.Tidak lain dan tidak bukan AL QURANUL KARIM(Ruj Surah Baqarah ayat2).
Daripada simpanan mutiara al Quran itu, terpancar satu ayat mengenai satu keadaan yang selalu diungkapkan oleh ulamak.Yang ke arahnya kita harus bersiap sedia agar boleh mencapainya: iaitu baldatun tayyibatun wa robbun ghafuur.
Ianya sejajar dengan apa yang mahu dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor seperti yang termaktub dalam visi dan misi kerajaan.Semoga mendapat keredhaan Allah.Amiin!
SURAH SABA AYAT 15
Kerajaan Selangor telah meletak visi mahu menjadikan Selangor sebagai 'baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur'.Namun realiti waqi' Selangor masih begitu jauh daripada hadaf itu.Namun usaha terfokus yang sistematik dan kecil-kecilan mampu memberi impak terbaik ke arah matlamat tersebut.Kampung Delek yang berusia lebih 110tahun terdiri daripada hampir 100%Muslim menjadi kawasan terpilih bagi tujuan tersebut.Mudah-mudahan ia boleh menjadi pusat pertumbuhan tamadun Islam kontemporari insyaallah.Amin
No comments:
Post a Comment