Sunday, 28 October 2012

Bukti solat boleh di mana mana






Nikmat solat hanya akan dirasai oleh orang yang mengerjakannya dengan kefahaman. Bahagia hanya boleh dikecapi oleh orang yang menjaga solat. Tidak mungkin orang yang tidak solat merasa kebahagiaan sepertimana orang yang menjaga solat.Pada zahirnya walaupun orang yang tidak solat itu dikelilingi harta menimbun tetapi hakikat dirinya sakit. Sakit rohani.Mana mungkin orang yang rohaninya sakit boleh rasa bahagia. Mungkin bahagia fatamorgana. Bahagia tulen,,,,mustahil!!

Lembu lawa lembu tak lawa

 Ibadah korban yang saban tahun dilaksanakan pada Hari Raya Korban memerlukan haiwan yang dibeli untuk disembelih dan dagingnya diagih-agihkan kepada yang memerlukan. Pokoknya, yang berniat untuk berkorban mahu hadiahkan daging korban. Niatnya haiwan korban itu dibeli dengan mengorbankan sedikit wang ringgit/hartanya kerana Allah.

Bagi yang mahu membeli haiwan yang bakal dikorbankan tidak ada beza nilainya samada wajah lembu itu lawa atau sebaliknya. Yang penting sempurna. 


Perumpamaan ini mengingatkan kita hakikat nilai kita disisi Allah. Bukan rupa wajah, warna kulit, tinggi rendah tubuh kita yang dipandang Allah. Yang akan dinilai ialah 'isi' kita. Seperti lembu korban, yang penting isi dagingnya.
Yang dimaksudkan dengan isi kita sebagai insan ialah sejauh mata kita bertaqwa. Paras taqwa akan menentukan nilai kita disisiNya. Semakin bertaqwa semakin hampirlah kepada Allah. Andainya taqwa tiada dalam dirinya, maka hampa dan hancurlah masa depan insan ini di akhirat kelak.
Seandainya kita tidak terpilih oleh Allah untuk menunaikan ibadah korban pada tahun ini mudah-mudahan di tahun yang akan datang kita mula merancang setahun untuk bersama dalam ibadah korban. Sebagai satu latihan kita berpisah dengan duit yang sengaja dikumpulkan untuk buat sesuatu semata-mata kerana Allah. Inilah yang dinamakan pengorbanan. Berkorban kerana Allah.

Ramai yang boleh bersusah payah kerana minat atau cinta kepada manusia. Payah untuk ditemui orang berkorban kerana Allah. Justeru, marilah kita bermula dengan latihan  menyedarkan diri 
apa yang sebenar kita mahu lakukan. Apa maksudnya buat sesuatu kerana Allah....Merasai kesukaran berperang sayang dan cinta kepada duit hingga tidak mahu berpisah dengannya, seolah-olah diri ini akan hidup berjuta tahun lagi!
Kita mula langkah-langkah bayi untuk menjadi orang yang mukhlisin, ikhlas kerana Allah.
Ingat lembu lawa, lembu tak lawa sama nilai bila mahu dikorbankan.

BUKTI al QURAN daripada Allah

Rahsia al Quran