Tuesday 8 May 2012


Bismillah
Maha Suci Allah yang Maha Pencipta

Bersediakah kita untuk memungkinkah zuriat akan mempamerkan bakat sebegini?
Ya Allah,bantulah kami dalam melahirkan zuriat khaira ummah.Amiin...


Wednesday 2 May 2012

Majlis Pelancaran Quranic Botanical Garden Sekolah

Bismillah.
Selangor mahu mengembangkan proses membudayakan ilmu di kalangan masyarakatnya. Sebelum ini GERAKAN MEMBACA PERDANA telah berjaya memecahkan MALAYSIAN BOOK OF RECORDS dengan mengumpul serentak 15271 peserta untuk membaca selama 1 jam di TASIK SHAH ALAM pada HARI ILMU 26.6.2010, DAN GERAKAN MENULIS PERDANA berjaya menghasilkan sebuah buku mega yang bertema Selangor Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan yang ditulis bersama oleh pimpinan kerajaan negeri dan rakyat jelata daripada pelbagai kelompok sehingga ke pelajar  dan suri rumah. 

Pembudayaan ilmu tidak hanya terhad kepada hanya membaca dan menulis tetapi mengaplikasikan ilmu dan mengaitkan ilmu dengan alam semula jadi serta flora dan fauna serta segala ciptaan Ilahi yang dicpita untuk manfaat manusia amnya.

Institusi pendidikan juga mahu dijenama semula sebagai institusi yang menyeronokan kerana proses pencerahan hidup berlaku. Insan yang semakin mengerti erti kehidupan akan merasa bahagia dan tenang serta bersyukur atas segala yang dinikmati. Justeru betapa pentingnya mempastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan keadaan yang ceria dan menyeronokkan. Ia juga harus 'hidup' dan relevan. Bukan membosan dan 'menyeksakan'. Lebih-lebih lagi belajar tentang ILMU ASAS KEHIDUPAN namanya fardhu ain, dan SUMBER ASAS DAN PALING UTAMA ILMU DUNIAWI dan UKHRAWI iaitu al Quran.

Sudah tiba masanya untuk pelajar yang mengambil KELAS KAFA: KELAS AL QURAN DAN FARDHU AIN diperkenalkan dengan pendekatan baru memanfaatkan ilmu al Quran. Tidak cukup sekadar membaca. Mereka harus memahami apa yang dibaca. Tidak boleh hanya faham tetapi tidak mampu mengolahkannnya hingga menjadi panduan hidup. Dalilnya surah al Baqarah ayat2 menuntut manusia untuk mengambil al Quran sebagai huda atau petunjuk. Namun al Quran hanya boleh menjadi huda sekiranya insan bertaqwa. Maka prasyarat untuk menjadi orang yang bertaqwa harus dipelajari.Al Quran yang dipelajari harus dinikmati intipatinya.

Dengan kesedaran ini Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor memutuskan di antara inisiatif dalam PROJEK JEJEAK ILMUWAN SELANGOR ialah mewujudkan TAMAN MINI QURANIK di SRA Kpg Delek, Klang sesuai dengan kampung yang dipilih untuk projek perintis MINI SERAMBI MEKAH.
Bermula dengan kecil-kecilan dan berfasa, tanah sekolah yang bersebelahan dengan masjid Nurul Amin Kpg Delek di olah menjadi Taman Mini untuk ditanam tumbuh-tumbuhan yang disebut dalam al Quran untuk melatih para pelajar bahawa apa yang mereka pelajari dalam al Quran itu ada maksud dan tujuan. Ia juga memberi menfaat bagi manusia.

Apa yang diharapkan ialah kita mahu menanam minat kepada usaha mengkaji ilmu dalam al Quran untuk di ambil sebagai obor dan mencungkil rahsia di dalamnya. Kita mahu melatih pelajar merujuk kepada al Quran dalam menjalani hidup. Kita mahu mwujudkan tabiat mengkaji al Quran. Kita mahu membudayakan al Quran. Kita mahu mendarahdagingkan al Quran.

Nama tumbuhan akan dipamerkan beserta rujukan ayat dan surah dalam al Quran bagi tiap tumbuhan yang ditanam dalam taman itu. Ia juga diharapkan menjadi sumber inspirasi kepada sekolah mahupun masjid/surau yang lain untuk mempelbagaikan kaedah mengamalkan IQRA' sebagai basis ilmu Islam.

PERASMIAN akan dilakukan pada  5.4.12
waktu: 2.30ptg
SRA Kpg Delek Klang
Semua dijemput hadir.