Saturday 17 September 2011

Kenapa sombong?Bagaimana permulaan kita semua?



Ambil iktibar dari Surah al 'alaq

كَلَّا إِنَّ الْإِنْسَانَ لَيَطْغَىٰ {6}
أَنْ رَآهُ اسْتَغْنَىٰ {7}
إِنَّ إِلَىٰ رَبِّكَ الرُّجْعَىٰ {8}

yang bermaksud

6. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas
7. kerana MELIHAT DIRINYA SERBA CUKUP
8. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembalimu!

Semua manusia perlu 'mengauditkan' atau muhasabah diri supaya mampu mengerti APA dirinhya sebenar, dari mana datangnya, KEMANA dia bakal pergi, SIAPAKAH dia , di mana sebenarnya ia sedang berada, KENAPA dia diciptakan, Apa fungsi sebenarnya. Mana sumber yang ia harus cari untuk menjalani hidupnya dengan sukses.

Makrifat diri adalah langkah asas untuk mengenali atau makrifat Penciptanya.
Ilmu tidak boleh statik.Tidak boleh merasa serba cukup sehingga lupa TUHANNYA. Kebergantungan kepada Tuhannya adalah sumber kebahagiaan sejati dan penjana kekuatan asasi untuk menjadi insan berkesan mencapai matlamat kejadiannya

Wednesday 7 September 2011

Janji Allah: syarat dapat berkat melimpah!


Surah Al A'Raf ayat [96]
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.


Justeru, sekira-kiranya penduduk kampung Delek mahu keberkatan yang melimpah daripada langit DAN bumi, syaratnya ialah penduduknya MESTI beriman dan bertaqwa kepada Allah. Untuk itu semua kepimpinan daripada Jawatankuasa Masjid Nurul Amin, semua surau, Sekolah Rendah Islam Farabi, Sekolah Menengah ISlam Farabi, serta semua tadika-tadika , Dewan PuTRa(Pusat Tarbiyyah Rakyat), Balai Islam, JKKK, persatuan penduduk taman-taman sebagai institusi penting di Kampun Delek MESTI memain peranan sebagai pemangkin lahirnya biah berlandaskan tauhid, berwawasan akhirat, produktif di dunia dan berkesan sebagai khalifah Allah di muka bumi.
   Keimanan dan ketakwaan akan menjadi fokus hasil pembangunan insan di Kpg Delek.Segala rujukan mesti berlandaskan Kitabullah dan As Sunnah.Model yang syumul disimpul ringkas dalam model S.P.I.E.S yang berteraskan aqidah Islamiyyah, merujuk sunnah Nabi saw yang menitik beratkan kekuatan fizikal, menghayati ayat Quran yang mengarah ummat manusia untuk menggunakan akal,mempraktikkan saranan menguasai bukan dikuasai emosi oleh Allah dan Rasul serta kewajiban menjaga hubungan horizontal dengan manusia, makhluk lain termasuk alam sekitar.
  Masyarakat yang merancang hidupnya agar sentiasa semakin baik dalam semua aspek dirinya sebagai manusia akan layak berdoa untuk dicurahkan kerahmatan dan keampunan oleh Allah swt.Ini sesuai dengan pesanan Nabi saw yang bermaksud 'Hari ini mesti lebih baik daripada semalam dan esok mesti lebih baik daripada hari ini'.Adalah disyorkan ahli masyarakat di seru untuk merancang program SIRI PROGRAM TINGKAT DIRI (SPTD). Sudah terbukti 'group study' adalah lebih berkesan dan berkekalan daripada belajar seorang diri. Adalah lebih besar impaknya sekira individu berpakat buat 'study circles' untuk berjaya dalam kehidupan dengan berkongsi pengalaman, kesilapan dan ilmu pengetahuan.
     Paling berfaedah sekiranya golongan ibu dan ayah muda dikumpulkan dalam kumpulan kecil yang boleh bertindak sebagai 'support system' untuk mengupayakan mereka mengharungi permasalahan hidup yang sana mungkin tidak serupa. Kejayaan melahirkan anak yang beriman dan bertaqwa berputar disekeliling keberkesanan keibubapaan. Insyaallah generasi yang benar-benar memenuhi kriteria yang dikehendaki Allah untuk layak dapat limphan berkat dari langit dan bumi boleh dilahirkan di Kampung Delek sebagai projek perintis negeri Selangor ke arah baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur.AMIN.Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan dan memakbulkan hajat kita.

Sunday 4 September 2011

Hidup perlu dirancang termasuk bagaimana mengendali diri bila bosan


Syabas kepada krew orang muda yang berjaya menghasilkan seluruh spektrum produk memperkenal,mempromosi dan memberi sauh Islam kepada ummat kontemporari.Mudah-mudahan usaha berterusan kumpulan muda ini akan mengaktifkan semula golongan sebaya untuk mempastikan kelestarian 'izzah Islam hingga berjaya melahirkan khaira ummah insyaallah.
Ya Syabab, anda bertanggungjawab mendokong usaha mencapai 'baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur' ini hingga jadi kenyataan.Amin

ILMUWAN DAKWAH KONTEMPORARI: DR ZAKIR NAIK


http://youtu.be/ApCyH_yglVw

Friday 2 September 2011

Siapa IKON ANDA?Anak anda?isteri anda? suami anda?


Untuk menjadi khaira ummah, sudah tentu ada role model yang perlu menjadi paksi rujukan pengaruh kehidupannya . Lebih-lebih lagi generasi muda.Apakah benchmark pembangunan insan?Apakah sandaran untuk membangun ruhiyyah,aqliyyah dan jasadiyyah?Sudah tentu ianya mesti praktikal, tidak terlalu sukar dan boleh dicapai serta tidak ada keraguan untuk tidak berhasil.Mesti sudah ada contoh.Mesti bersifat universal dan tidak akan dipertikai kawan dan lawan.
   Role model yang diperlukan dan yang sudah jelas terbukti KESEMPURNAANnya yakni Nabi Muhammad s.a.w.
Inilah yang mahu difahamkan dalam proses mahu melahirkan ummat contoh, ummat terbaik, khaira ummah.

Ya Allah bantu kami, anak-anak kami, jiran-jiran kami, seluruh penduduk kampung kami untuk mencintai RasulMu.Amin.