Tuesday 30 August 2011

Never forget to say........Maher Zain



Akar tunjang mentauhidkan Allah perlu dijadikan perkara paling utama dalam pembangunan insan.Konsep hidup yang berpaksi kepada kewujudan Allah sepatutnya menjadi subjek paling awal yang perlu diterapkan kepada semua manusia.Khususnya bagi penduduk yang mahu menjadikan kampung menjadi 'baldatun tayyibatun wa rabbun ghafuur' sudah tentulah melatih setiap bayi yang lahir supaya menjadi insan yang menguasai konsep 'ehsan'.'Ehsan' inilah yang akan mendorongnya kepada kebaikan dan menariknya untuk melakukan kebaikan.

Monday 22 August 2011

JOM SOLAT DAN PUASA SEBELUM MAUT MENDATANG







/object>

Monday 15 August 2011

Menjunjung titah perintah MALIKAL MULK

Sudah lazim didengar orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk gagal!

Sedar atau tidak sedar inilah yang berlaku kepada ummat yang melafaz dua kalimah syahadat dewasa ini.Amat malang mereka tidak faham kenapa kehidupan bangsa mereka sinonim dengan hidup merempat, sengsara, duka nestapa,membosankan,jelik, sia-sia, tamak haloba,kaki gaduh,ganas dan menggerunkan.

   Simptom kecelaruan perwatakan ini tertonjol dengan krisis gejala sosial negara. Yang paling kerap diutarakan dalam media dan diakui oleh semua masyarakat adalah penagihan dadah, buang bayi,jual bayi,HIV/AIDS, rempit,rogol,rasuah,rompak,rakus(multi negattive R),jenayah,vandalisme dan ponteng sekolah/kerja.Di samping itu juga fenomena kertakan rumah tangga yang menatijahkan meningkat kes ibu tinggal/ibu tunggal.Yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang masih mentah.

  Tekanan hidup menggugat kestabilan iman, meruntuhkan akhlak dan memisahkan keluarga.Manusia tidak ada pilihan melainkan kembali kepada GARIS PANDUAN INDUK(MANUAL) HIDUPNYA yang melakarkan langkah-langkah kritikal untuk berjaya bukan sahaja di dunia(kejayaan jangka pendek) bahkan hingga akhirat yang kekal abadi(kejayaan jangka panjang).Justeru, kenyataan(statement) Allah swt selaku Pencipta segala-galanya termasuk manusia menunjukkan APA BUKU RUJUKAN yang dimaksudkan itu.Tidak lain dan tidak bukan AL QURANUL KARIM(Ruj Surah Baqarah ayat2).

Daripada simpanan mutiara al Quran itu, terpancar satu ayat mengenai satu keadaan yang selalu diungkapkan oleh ulamak.Yang ke arahnya kita harus bersiap sedia agar boleh mencapainya: iaitu baldatun tayyibatun wa robbun ghafuur.

Ianya sejajar dengan apa yang mahu dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor seperti yang termaktub dalam visi dan misi kerajaan.Semoga mendapat keredhaan Allah.Amiin!
SURAH SABA AYAT 15





Wednesday 10 August 2011

Amal jariah anda dialu-alukan

Bismillah.Dengan Nama Allah yang Maha Yang Pemurah Lagi Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.Semua Muslimin Dan Muslimat dijemput menyumbang cadangan, idea,input until gagasan futuristik untuk projek perintis sebagai pusat melahirkan Khaira ummah di kawasan Kampung Delek insyaallah.Amin